AS bimbang, kecewa perkongsian perisikan tentera Korea Selatan-Jepun berakhir

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo gesa kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dan mengadakan dialog.
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo gesa kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dan mengadakan dialog.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) 'bimbang' dan 'kecewa' susulan tindakan Korea Selatan menarik diri daripada pakatan perkongsian perisikan ketenteraan dengan Jepun, lapor agensi berita Yonhap memetik Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Terdahulu, Seoul mengumumkan keputusannya untuk menamatkan Perjanjian Keselamatan Maklumat Ketenteraan, ketika kedua-dua negara berdepan kemelut dua hala berhubung isu perdagangan dan sejarah.

Jarang sekali melihat AS menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sekutunya Korea Selatan.

"Kami kecewa dengan keputusan Korea Selatan itu," kata Pompeo kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya di Ottawa, Kanada.

"Kami menggesa kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dan terus mengadakan dialog," katanya yang sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung Wha.

Pompeo berharap, Korea Selatan dan Jepun akan memulihkan semula hubungan dengan mempertimbangan kerjasama yang terjalin selama ini di antara ketiga-tiga negara.

Sementara itu, jurucakap Pentagon Leftenan Kolonel Dave Eastburn dalam satu kenyataan berkata, integriti pertahanan dan hubungan baik bersama perlu berterusan walaupun berlaku pergeseran.

GSOMIA, yang ditandatangani pada 2016 akan tamat pada November, menimbulkan kegusaran mengenai kerjasama tiga hala terhadap ancaman nuklear Korea Utara dan gerakan ketenteraan China yang semakin meningkat.

Artikel Berkaitan:

Perjanjian itu akan diperbaharui secara automatik selepas 24 Ogos, setiap pihak mempunyai tempoh tiga bulan untuk memaklumkan andai mahu menarik diri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!