Exco Perak mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol

Ram Karpal Singh (kanan) antara peguam yang mewakili Paul Yong di Mahkamah Sesyen hari ini.
Ram Karpal Singh (kanan) antara peguam yang mewakili Paul Yong di Mahkamah Sesyen hari ini.
A
A
A

IPOH - Exco kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia bulan lalu.

Paul Yong, 49, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Tertuduh didakwa telah merogol seorang wanita dalam sebuah bilik tingkat atas rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh dibarisi peguam Leong Cheok Keng, RSN Rayer, Ram Karpal Singh Farhan Sapian.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini bagi pengurusan kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!