'Kebakaran boleh elak jika ada tanggungjawab'

Kawasan tapak sampah haram yang masih berasap. - Foto JBPM Johor
Kawasan tapak sampah haram yang masih berasap. - Foto JBPM Johor
A
A
A

SKUDAI - Kebakaran di tapak sampah haram di Bandar Selesa Jaya menyebabkan kawasan sekitar mengalami pencemaran udara sejak kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Tan Hong Pin berkata, kejadian itu boleh dielakkan sekiranya semua pihak bertanggungjawab demi kelestarian alam.

Menurutnya, banyak yang tanya kenapa hari ini (semalam) Skudai banyak asap dan pencemaran udara begitu serius? Hal ini kerana kebakaran tapak sampah haram di Bandar Selesa Jaya tapi sekarang dalam keadaan terkawal.

Hong Pin sempat mendengar penerangan Mohd Ridhuan ketika melawat lokasi kejadian semalam. - Foto JBPM Johor
Hong Pin sempat mendengar penerangan Mohd Ridhuan ketika melawat lokasi kejadian semalam. - Foto JBPM Johor

"Saya menyeru dan beri ingatan supaya jangan ambil jalan mudah, jangan buang sampah secara haram kerana insiden kali ini merupakan satu kebakaran yang sebenarnya boleh dielakkan tapi ia berpunca daripada tapak haram yang berada di sini.

"Sekali lagi saya ingatkan orang awam agar memelihara kebersihan alam sekitar dan sama-sama memikul tanggungjawab supaya tindakan ini tidak menjadi beban kepada orang lain

"Saya harap perkara ini dapat kerjasama daripada semua," katanya melalui kenyataan di Facebook selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian semalam.

Difahamkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai masih menjalankan operasi hingga kini susulan kebakaran dalam tanah yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba bertugas masuk hari ketiga di lokasi kejadian.- Foto JBPM Johor
Anggota bomba bertugas masuk hari ketiga di lokasi kejadian.- Foto JBPM Johor

"Pasukan bomba ambil masa dua jam kawal keadaan walaupun api telah dipadamkan tapi masih berasap dari bawah tanah.

"Jadi kita dapatkan bantuan daripada balai-balai lain untuk segera padamkan api bawah tanah.

"Pada masa yang sama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hulurkan bantuan dengan menghantar jentera untuk mengorek dan memadamkan api di bawah tanah," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.05 malam, kelmarin dan operasi diteruskan masuk hari ketiga.

"Kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berkeluasan 200 meter x 100 meter. Sumber air yang jauh dari kawasan terbakar berjarak 500 meter.

Anggota bomba bertugas memadamkan kebakaran di tapak sampah haram. - Foto JBPM Johor
Anggota bomba bertugas memadamkan kebakaran di tapak sampah haram. - Foto JBPM Johor

"Sehingga kini operasi masih dijalankan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca dan anggaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, seramai 15 anggota dan sebuah jentera terlibat dalam operasi tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!