JKM kesan waris bayi

Bayi perempuan dipercayai ditinggalkan sebelum ditemui di sebuah kilang pada pagi, 2 Ogos.
Bayi perempuan dipercayai ditinggalkan sebelum ditemui di sebuah kilang pada pagi, 2 Ogos.
A
A
A

MUAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muar memohon individu yang mengenali waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemui di sebuah kilang di Bakri Batu 6, baru-baru ini agar tampil membantu.

Pegawainya, Suhaila Omar berkata, kehadiran waris itu penting bagi melengkapkan pelbagai butiran selain mengenal pasti keadaan sebenar.

Katanya, buat masa ini, bayi terbabit ditempatkan dalam jagaan sementara selama tempoh sebulan mengikut peruntukan Subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jabatan telah mengambil alih jagaan sementara bayi ini selama sebulan mengikut akta yang ditetapkan sementara siasatan dijalankan.

“Bagaimanapun kita mohon orang ramai yang mengenali waris kepada bayi ini untuk membantu dengan tampil ke JKM Muar atau hubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Muar di talian 06-952 1454,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, dalam kejadian 2 Ogos lalu, seorang pengusaha kilang terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih lengkap bertali pusat dipercayai telah ditinggalkan di hadapan kilangnya.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui berbalut dengan kain berwarna biru gelap di atas longgokan kayu berhadapan sebuah kilang di Jalan Kebun Sayur, Batu 6 Bakri.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes ini dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!