Kafa tak mahu ulangi kesilapan lantik jurulatih

No Image Caption
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Kafa akan meneliti sebaik mungkin kriteria jurulatih yang akan membimbing Kelantan dalam usaha untuk kembali ke saingan Liga Super pada musim 2020.

“Kita akan lihat rekod, lesen dan sebagainya yang berkaitan dengan aspek kejurulatihan sebelum melantik mana-mana jurulatih bagi mengelak kesilapan sama berulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan tindakan Kafa yang masih belum melantik ketua jurulatih Kelantan boleh mengundang 'malapetaka' kepada TRW untuk saingan musim depan memandangkan persiapan hanya berbaki sebulan sebelum sepak mula pada 1 Februari depan.

Untuk rekod, pada musim ini Kafa melantik Sathit Bensoh dari Thailand dan Fajer Ibrahim dari Syria sebagi Ketua Jurulatih TRW, namun kedua-dua pengendali bertaraf antarabangsa tersebut gagal mencipta sebarang kejayaan kepada Kelantan.

Bibi Ramjani berkata, buat masa ini TRW akan dikemudi Pengarah Teknikal TRW, Jorg Peter Steinebrunner dan pembantu jurulatih Kamarudiin Muhammad.

"Kita akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Terengganu pada 5 Februari di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dari situ, kita boleh menilai kemampuan pasukan secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Bibi Ramjani berkata, terdapat lima kekosongan pemain termasuk seorang pemain import yang perlu didaftar pada 20 Januari depan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Kelantan juga masih belum mempunyai penaja utama berharap agar ada pihak yang berbesar hati untuk tampil membantu berbuat demikian. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!