TMJ bebas mengkritik, Syed Saddiq tetap doa

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman istiqamah akan tetap mendoakan kesejahteraan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan seluruh kerabatnya.

Malah, Ahli Parlimen Muar itu juga berpendapat bahawa Tunku Ismail bebas untuk mengkritik dan beliau akan tetap menghormati pewaris takhta Johor tersebut.

"Saya dah katakan sebelum ini, Tunku Ismail tetap Tengku Mahkota Johor dan saya akan sentiasa mendoakan baginda dan keluarganya.

"Baginda (TMJ) bebas mengkritik dan saya menghormatinya, tapi jawapan saya, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda dan keluarganya," katanya ketika ditemui media di Lobi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau memadam status Twitter yang dimuat naiknya mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-31 kepada Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

"Wallahuallam," jawabnya ringkas sebelum beredar.

Ucapan selamat ulang tahun Syed Saddiq kepada Tunku Idris pada 25 Disember lalu, itu di retweet oleh TMJ dengan kritikan.

"Tolonglah... buat apa yang kamu nak. Cuma jangan ganggu keluarga saya dan pergi mengampu orang lain,” tulis TMJ.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!