DBKL sedia rumah sewa serendah RM100 bantu golongan bujang

Bilik sewa yang disediakan untuk individu bujang di bawah Perumahan Bandar oleh DBKL.
Bilik sewa yang disediakan untuk individu bujang di bawah Perumahan Bandar oleh DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.

"Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.

"Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.

"Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bilik sewa yang disediakan untuk individu bujang di bawah Perumahan Bandar oleh DBKL.
Bilik sewa yang disediakan untuk individu bujang di bawah Perumahan Bandar oleh DBKL.

Katanya, Perumahan Bandar ini berkonsep penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja.

"Kategori sewaan adalah mengikut sewaan katil (satu bilik empat katil atau satu bilik enam katil) mengikut tingkat di bangunan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sewaan terhad antara satu tahun sehingga 18 bulan dengan syarat pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun," katanya.

Katanya, tawaran sewaan ini tidak dibuka kepada pelajar dan keutamaan diberikan kepada mereka yang bukan berasal dari Kuala Lumpur namun bekerja di ibu kota.

Pendaftaran permohonan telah dibuka sejak 20 Ogos lalu dilaman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL sedia rumah sewa untuk golongan bujang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!