Dedak ubi kayu 'gemukkan' lembu

Abdul Hakki (kanan) bersama rakannya menunjukkan dedak berasal dari Thailand yang diubah suai itu mampu menambah berat badan lembu antara 1.5 hingga 2kg dalam masa sehari.
Abdul Hakki (kanan) bersama rakannya menunjukkan dedak berasal dari Thailand yang diubah suai itu mampu menambah berat badan lembu antara 1.5 hingga 2kg dalam masa sehari.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Dedak ubi kayu yang dicampur bersama dengan bijirin menjadi formulasi baharu diperkenalkan oleh seorang penternak dari Bukit Tuku, di sini bagi meningkatkan lagi berat badan lembu menjadi 'luar biasa' dalam tempoh 90 hari.

Abdul Hakki Che Ahmad, 35, berkata, dedak berasal dari Thailand yang diubah suai itu mampu menambah berat badan lembu sehingga 2 kilogram (kg) dalam masa sehari.

"Formulasi ini hanya sesuai untuk lembu-lembu yang dipelihara dalam kandang sahaja di mana haiwan tersebut hanya makan dan tidur sahaja.

"Lembu yang banyak bergerak tidak sesuai untuk menggunakan dedak ubi kayu," katanya ketika ditemui pemberita di ladang ternakan lembu miliknya di Bukit Tuku di sini hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan berat badan lembu itu makin naik haiwan tersebut akan diberi makan sebanyak 6kg hingga 7kg sehari.

Abdul Hakki menunjukkan Dedak ubi kayu yang dicampur bersama dengan bijirin.
Abdul Hakki menunjukkan Dedak ubi kayu yang dicampur bersama dengan bijirin.

Katanya, sejak dedak itu diperkenalkan para penternak sudah mulai yakin dengan produk tersebut.

"Hal ini kerana ia telah terbukti berkesan dan rata-rata penternak berpuas hati.

Artikel Berkaitan:

"Dedak ubi kayu ini sudah 15 tahun terkenal di Thailand, namun di Malaysia ia masih baharu," katanya.

Abdul Hakki berkata, dedak ubi kayu seberat 40 kg yang diprosesnya itu di jual dengan harga RM50.

Katanya, setakat ini produk itu hanya dijual dalam kalangan penternak sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!