Gojek tidak diperlukan di Malaysia

Noor Azleen
Noor Azleen
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek dilihat bukan bidang atau pengkhususan pekerjaan yang diperlukan ekonomi negara ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, walaupun Gojek bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu, ia tetap tidak boleh menjaminkan kesan berganda kepada ekonomi.

"Ia kerana ciri peluang pekerjaan diwujudkan Gojek ini tidak memerlukan kemahiran, tidak sofistikated, tidak berasaskan ilmu dan pengetahuan serta tiada nilai tambah.

"Malah, melihat kepada sistem pengangkutan yang ada di Malaysia, saya rasa ia tidaklah seburuk di Indonesia. Tiada negara lain yang mengguna pakai Gojek selain Indonesia kerana sistem pengangkutan mereka sangat tidak efisien," katanya dalam satu kenyataan.

Noor Azleen berkata, pihaknya juga bimbang sekiranya kerjaya berkenaan terus diperkenal, Malaysia akan hilang kompetitif sekali gus menjadikan negara ini akan terperangkap dalam kepompong pendapatan rendah.

"Apabila Gojek dijadikan agenda nasional pula, maka makin terserlah ketidakupayaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan ekonomi Malaysia. Ini fakta.

"Sewajarnya anak muda dipersiapkan dengan ilmu, pengetahuan, latihan dan kemahiran untuk mengisi peluang pekerjaan yang lebih produktif, mapan dan berpendapatan tinggi," katanya.

Justeru, beliau berharap, kerajaan perlu agresif untuk memperbetulkan struktur ekonomi negara sekali gus merangsang kewujudan peluang pekerjaan baharu yang lebih berpendapatan tinggi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!