Lelaki Pakistan dikhuatiri lemas mandi pantai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Pakistan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu Langkawi, malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku pada jam 8 malam ketika mangsa sedang mandi di tepi Pantai Rhu bersama empat rakannya.

Menurutnya, ketika naik ke pantai, salah seorang daripada mereka mendapati mangsa telah tersasar jauh dan dikhuatiri lemas.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba pada jam 10.22 malam.

"Operasi pencarian dibuat di pesisiran pantai dengan dibantu empat orang anggota Rela," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!