RM43 juta kos naik taraf Pusat Akuatik Tuanku Zara

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menandatangani plak ketika berangkat bagi merasmikan Pusat Akuatik Tuanku Zara di Kompleks Sukan Perak hari ini. - Foto Bernama
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menandatangani plak ketika berangkat bagi merasmikan Pusat Akuatik Tuanku Zara di Kompleks Sukan Perak hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEBANYAK RM43 juta diperuntukkan bagi kos menaik taraf Pusat Akuatik Tuanku Zara yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, kerja-kerja menaik taraf pusat akuatik itu mengambil masa selama 17 bulan dan siap sepenuhnya pada Februari tahun lalu.

Katanya, pusat tersebut terbahagi kepada kepada dua kawasan iaitu kompleks renang tertutup dan terbuka.

"Bagi kompleks renang pertandingan berbumbung (tertutup), pembinaannya memenuhi saiz olimpik iaitu boleh menempatkan 10 lorong untuk pertandingan bertaraf dunia dan mampu memuatkan 3,000 penonton dalam satu masa.

"Bagi kawasan terbuka ada kolam terjun dengan menara terjun pelbagai ketinggian, ia dibina mengikut spesifikasi Persekutuan Renang Amatur Antarabangsa (FINA)," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini hari ini.

Perasmian pusat akuatik yang disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim itu telah digunakan untuk acara renang dan terjun pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!