Pemimpin DAP digesa hormat undang-undang

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO kesal dengan sikap pemimpin DAP yang dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong dengan mendatangkan pelbagai teori konspirasi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepatutnya mereka yang kononnya memperjuangkan prinsip Rule of Law menyerahkan sepenuhnya kepada sistem kehakiman dan perundangan untuk menentukan sama ada Paul Yong itu bersalah ataupun tidak.

Menurutnya, Pemuda UMNO sekali lagi mendesak Paul Yong untuk bercuti dan menggesa pemimpin-pemimpin DAP agar menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada sistem perundangan negara.

“Kita pandang serius dakwaan terhadap Paul Yong di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia.

“Setelah desakan demi desakan Pemuda UMNO terhadap peguam negara atas kelewatan pendakwaan yang membabitkan pemimpin kanan kerajaan bahkan menerima perhatian masyarakat antarabangsa kerana melibatkan warganegara jiran Indonesia, akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ipoh,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam.

Beliau berkata, Pemuda UMNO menyokong saranan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu agar Paul Yong bercuti daripada menjalankan tugas sebagai exco kerana beliau berhadapan dengan kes berat yang melibatkan rogol.

Semalam, Paul Yong yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak menegaskan tiada keperluan untuknya bercuti daripada tugas rasmi sebagaimana disarankan Menteri Besar Perak.

Katanya, selagi belum dijatuhkan hukuman dia masih punya mandat untuk menjalankan tugas selaku wakil rakyat dan anggota Exco Kerajaan Negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!