Sembilan rumah kedai musnah terbakar di Nilai 3

No Image Caption
A
A
A

NILAI - Seorang wanita melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan sembilan rumah kedai di kawasan Perindustrian Nilai 3 di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd Salleh berkata, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 9.15 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Tujuh jentera bomba bergegas ke lokasi melibatkan 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Seremban 2, Mantin dan Seremban sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Setibanya di lokasi terdapat sembilan kedai melibatkan dua unit kedai runcit, tiga unit kedai karpet, kedai perabot, kedai makan dan kedai lampu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa 30 minit bagi mengawal kebakaran bagi mengelakkan api merebak di kedai bersebelahan.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak di kedai bersebelahan.
Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak di kedai bersebelahan.

"Kebakaran dapat dipadamkan setengah jam kemudian bagaimana pun operasi membuat kerja-kerja 'smoke management' dengan membuat 'vertical ventilation' masih dilakukan.

"Punca-punca kebakaran dan kerugian kemusnahan masih dalam siasatan oleh pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, katanya, mangsa merupakan wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan tiga peratus melecur pada bahagian tangan kiri, kaki kiri, dan luka pada bahagian kepala.

"Mangsa telah menerima rawatan awal di tempat kejadian oleh pasukan bomba dan pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).

"Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, kebakaran dipercayai bermula di sebuah kedai dan mangsa bersama orang ramai cuba memadamkan kebakaran menggunakan empat tong alat pemadam api namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!