Bomba selamatkan dua remaja terperangkap di air terjun

Keadaan arus deras menyebabkan mangsa tidak dapat menyeberangi sungai.
Keadaan arus deras menyebabkan mangsa tidak dapat menyeberangi sungai.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Dua remaja berjaya diselamatkan selepas terperangkap di kawasan air terjun Hutan Lipur, Ulu Kenas hari ini.

Remaja lelaki dan perempuan berusia 20-an itu dipercayai terkandas selepas paras air naik mendadak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 2.50 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang tiba di lokasi mendapati, kedua-dua remaja itu terperangkap di seberang sungai disebabkan arus air deras.

"Air yang naik secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak dapat menyeberangi sungai itu.

"Anggota kita dibantu kepakaran khas dari Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya membawa keluar mangsa tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Operasi diketuai Shamsuddin Abd Karim itu tamat pada jam 3.56 petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!