Kebakaran Amazon: Apa yang perlu anda tahu?

Kebakaran telah menjejaskan banyak bahagian di Brazil.
Kebakaran telah menjejaskan banyak bahagian di Brazil.
A
A
A

KEBAKARAN hutan hujan Amazon atau sering disebut paru-paru bumi sejak beberapa hari lalu telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Susulan kebakaran besar itu, Presiden Brazil Bolsonaro mengeluarkan dekri membenarkan kerahan anggota tentera bagi membantu memadam kebakaran hutan tersebut.

Berikut merupakan antara soalan utama mengenai salah satu khazanah semula jadi paling besar di bumi.

Di manakah kebakaran berlaku?

Hampir 73,000 kebakaran direkodkan di Brazil antara Januari dan Ogos tahun ini.
Hampir 73,000 kebakaran direkodkan di Brazil antara Januari dan Ogos tahun ini.

Kebakaran telah menjejaskan banyak bahagian di Brazil dengan bahagian utara di Roraima, Amazonas, Rondonia dan Mato Grosso do Sul paling teruk terjejas.

Institut Angkasa Brazil (INPE) mengesan lebih 9,500 kebakaran hutan baharu di Brazil sejak 15 Ogos lalu, manakala agensi pengawasan atmosfera mengesan asap telah merebak sejauh ribuan kilometer merentasi Amerika Latin ke pantai Atlantik dan Sao Paolo.

Negeri terbesar Brazil, Amazonas mengisytiharkan keadaan kecemasan pada 9 Ogos dan negeri Acre mengeluarkan amaran alam sekitar sejak 16 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Berapa banyak kebakaran setakat ini?

INPE merekodkan hampir 73,000 kebakaran di Brazil antara Januari dan Ogos tahun ini, angka tertinggi sejak INPE memulakan rekodnya pada tahun 2013.

Pada 16 ogos lalu, analisis daripada Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) menunjukkan jumlah aktiviti kebakaran di seluruh Amazon telah hampir kepada purata perbandingan sejak 15 tahun lalu.

Punca kebakaran?

Kebakaran adalah kejadian semula jadi di Amazon dan tahun ini ia berlaku semasa musim kering.

Bagaimanapun, pencinta alam sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan mendakwa tindakan petani membakar hutan untuk membersihkan tanah dan penebang hutan turut menyumbang kepada kebakaran.

Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi membantah penebangan hutan di Amazon dan dasar alam sekitar kerajaan. - Foto AFPt
Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi membantah penebangan hutan di Amazon dan dasar alam sekitar kerajaan. - Foto AFPt

Selain itu, kelemahan Presiden Bolsonaro memperkasakan agensi alam sekitar (IBAMA) dan membuka lebih banyak rantau Amazon bagi tujuan pertanian serta perlombongan secara tidak langsung menjejaskan iklim sewenang-wenangnya.

Kajian Institut Penyelidikan Alam Sekitar Amazon juga menunjukkan kadar kemusnahan hutan meningkat lebih 278 peratus pada Julai berbanding bulan sama tahun lalu.

Mengapa Amazon penting?

Amazon adalah hutan tropika terbesar di dunia, meliputi lebih lima juta kilometer persegi di sembilan negara: Brazil, Bolivia, Colombia, Ecuador, Guyana Perancis, Guyana, Peru, Suriname dan Venezuela.

Ia berfungsi sebagai sink karbon besar, menyimpan sehingga kira-kira 100 tahun pengeluaran pelepasan karbon yang dihasilkan oleh manusia, dan dilihat sebagai penting untuk memperlahankan laju pemanasan global.

Amazon adalah penstabil iklim paling penting dimiliki penghuni bumi, ia menghasilkan 20 peratus udara dan menyimpan 20 peratus air segar yang mengalir di planet ini.

Siapa penghuni Amazon?

Amazon didiami manusia selama sekurang-kurangnya 11,000 tahun dan adalah rumah kepada lebih dari 30 juta orang.

Kira-kira sejuta penduduk yang tinggal di Amazon adalah penduduk pribumi yang dibahagikan kepada 400 suku.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran hutan Amazon makin merebak

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran hutan hujan Amazon beri kesan buruk

ARTIKEL BERKAITAN:Kebakaran hutan Amazon: Presiden Brazil tolak campur tangan asing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!