Mahu jual buah pinggang demi langsai hutang
UTTAR PRADESH - Tertekan akibat hutang yang menimbun, seorang petani berusia 30 tahun mengiklankan salah satu buah pinggangnya untuk dijual.
Ramkumar, dari Uttar Pradesh, India terpaksa berbuat demikian setelah permohonan pinjamannya ditolak oleh pihak bank.
Menurut Ramkumar, dia meminjam wang saudara-mara untuk membeli lembu dan membina pondok untuk haiwan berkenaan.
Susulan desakan yang menuntut hutang tersebut dilangsaikan segera beserta faedahnya sekali, pemuda itu mengambil keputusan untuk menjual buah pinggangnya.
Hal itu mendapat perhatian pihak berkuasa yang akan menyiasat kes terbabit. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!