Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Malam Hari Wanita

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan memberi Anugerah Pingat Tun Fatimah (NCWO) kepada aktivis wanita veteran, Datuk Ramani Gurusamy (kanan) pada Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 di sebuah hotel hari ini. -Foto Bernama
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan memberi Anugerah Pingat Tun Fatimah (NCWO) kepada aktivis wanita veteran, Datuk Ramani Gurusamy (kanan) pada Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 di sebuah hotel hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57, di sini, malam ini.

Tunku Azizah diiringi anakanda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Presiden NCWO Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Dalam titah ucapannya, Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan terima kasih Seri Paduka kepada semua wanita dari badan bukan kerajaan (NGO) sejak dahulu hingga ke hari ini terutama Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Anda telah begitu banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya mencapai kedudukan hari ini. Kami belajar sepanjang masa dan menjadi anggota persatuan pandu puteri telah membawa saya ke seluruh dunia. Terima kasih semua dari lubuk hati saya yang paling dalam," titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah turut bertitah berharap puteri Seri Paduka dapat menimba pengalaman dan pendedahan kerana puterinya turut akan menggalas pelbagai tanggungjawab wanita termasuk sebagai ibu dan pemimpin.

Terdahulu, Yeoh dalam sembah ucapannya berkata seramai 123,095 surirumah dan wanita telah mendaftar di bawah program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) setakat 15

Artikel Berkaitan:

Ogos lepas, di mana i-suri merupakan salah satu daripada program yang dibangunkan kementerian itu bagi tujuan membantu golongan wanita.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 600 ahli NCWO itu, Yeoh turut melancarkan kempen 'Keluarga Sejahtera' bersempena sambutan Hari Wanita tahun ini bertemakan "Wanita Tonggak Keluarga dan Negara Sejahtera”.

Majlis santapan itu turut menyaksikan aktivis wanita veteran Datuk Ramani Gurusamy menerima Anugerah Pingat Tun Fatimah dari NCWO.

Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan anugerah itu atas jasa baktinya berjuang untuk golongan tersebut.

NCWO merupakan badan bukan kerajaan yang dianggotai lebih 200 wakil NGO wanita dari seluruh Malaysia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!