Arroyo bebas tuduhan sabotaj pilihan raya

Arroyo
Arroyo
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Siri tuduhan jenayah terakhir 'sabotaj pilihan raya' yang dikenakan ke atas bekas presiden Filipina, Gloria Arroyo telah digugurkan, hari ini.

Keputusan itu dibuat mahkamah di Manila selepas mendapati bukti tidak mencukupi untuk menyokong tuduhan yang mendakwa Arroyo bersekongkol dengan ahli politik tempatan ketika pilihan raya pertengahan penggal pada 2007.

Beliau dipenjarakan atas tuduhan itu pada 2011 dan pada 2016 wanita tersebut berdepan dakwaan tambahan selepas dituduh mencuri dana loteri berjumlah AS$6.8 juta (RM28.2 juta) yang diperuntukkan untuk program kebajikan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!