PKNS cakna nasib golongan asnaf

Warga PKNS bergotong royong mengecat salah sebuah rumah penerima dalam program ini di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting.
Warga PKNS bergotong royong mengecat salah sebuah rumah penerima dalam program ini di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting.
A
A
A

KUALA LANGAT - Prihatin terhadap nasib mereka yang memerlukan, antara menjadi matlamat utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bergotong-royong mengecat sebuah rumah warga asnaf di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting.

Program yang disertai lebih 90 warga PKNS ini merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) PKNS di bawah jenama KASIH PKNS.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata program yang dijalankan ini merupakan antara sumbangan kepada 16 asnaf.

"Menerusi kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), PKNS telah membelanjakan

sebanyak RM400,000 untuk kos baik pulih 16 buah rumah daripada golongan asnaf

fakir/miskin di sekitar daerah Kuala Langat.

"Dan menariknya program penyerahan sumbangan zakat ini diadakan di salah sebuah rumah penerima yang mana warga PKNS bergotong royong mengecat rumah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar disini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program pada kali ini agak berbeza dengan program CSR pada tahuntahun sebelumnya di mana PKNS hanya menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan sahaja.

"Tetapi pada kali ini, PKNS mengambil inisiatif untuk melibatkan warga

kerja yang terdiri daripada wakil-wakil daripada tujuh persatuan dalaman di PKNS bagi turut sama bergotong-royong membaik pulih dan membersihkan kawasan kediaman penerima.

"Sumbangan ini sebagai bukti komitmen dan kesungguhan PKNS dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat Selangor secara umumnya," katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah entiti pemaju perumahan, PKNS cakna akan kepentingan untuk memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa untuk kehidupan setiap keluarga.

"Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, hari ini kami turun padang untuk sama-sama membantu menyediakan kualiti kediaman yang lebih baik buat golongan asnaf ini dan

diharapkan dapat memberi sinar kehidupan yang lebih cerah buat mereka.

"Proses baik pulih kesemua 16 buah rumah asnaf berkenaan telah bermula dari hari ini

dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Oktober 2019," katanya.

Warga PKNS bergotong royong mengecat salah sebuah rumah penerima dalam program ini di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting.
Warga PKNS bergotong royong mengecat salah sebuah rumah penerima dalam program ini di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting.

Jelasnya, kos yang dibelanjakan bagi setiap unit rumah adalah sebanyak RM20,000 ke RM30,000 mengikut

kerosakan yang perlu dibaiki.

“Program baik pulih ini sebenarnya PKNS sudah jalankan sejak tahun 2013 lagi, di mana pada tahun itu sebanyak RM283,751.30 dibelanjakan untuk baik pulih 18 rumah asnaf di Sabak Bernam.

“Pada tahun berikutnya pula, sebanyak RM903,150.30 dibelanjakan untuk 29 rumah asnaf di Kuala Selangor dan Sabak Bernam," katanya.

Tambahnya, pada 2015, 14 rumah asnaf di Petaling telah dibaik pulih dengan kos RM459,430.14.

"Manakala pada 2016 sebanyak 20 rumah asnaf di Sepang dibaik pulih dengan perbelanjaan RM593,697 dan pada tahun 2017 sebanyak 16 rumah di Hulu Selangor dibaik pulih dengan kos RM290,635.94.

“Untuk tahun lalu, sebanyak RM479,905 dibelanjakan untuk baik pulih 16 rumah di

Gombak, sekali gus menjadikan kos keseluruhan yang sudah dibelanjakan PKNS untuk program ini ialah RM3,410,269.68,” katanya.

Mohd Azizi berkata semua penerima bantuan adalah asnaf berdaftar di bawah LZS.

"Majlis sumbangan baik pulih rumah ini merupakan acara tahunan yang akan diteruskan merentasi seluruh daerah Selangor sebagai tanggungjawab PKNS untuk menyalurkan wang zakat perniagaan PKNS.

“Kedaifan hidup golongan asnaf ini perlu dibantu memandangkan mereka hidup dengan serba kekurangan, ditambah pula dengan keadaan rumah yang usang dan kurang selesa," katanya.

Katanya, rumah yang dibaik pulih ini diharap dapat meringankan bebanan mereka di samping dapat membangkitkan semangat dalam menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan

selesa.

End......

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!