Kashmir dan sengketa kuasa besar dunia
DUNIA sudah maklum mengenai Perang Dunia Pertama dan Kedua, tentera bebas untuk semua, kecuali Amerika Latin, sebahagian Afrika dan Switzerland apabila mereka mengistiharkan berkecuali secara total.
Sejak serangan 9-11 pada tahun 2001, dunia hampir menyaksikan berlakunya Perang Dunia Ketiga. Serangan tanpa henti ke atas Iraq, Afghanistan, terutamanya pemberontak ISIS di Syria dan Iraq, termasuk di negara lain, telah menjadikan dunia tidak selamat. Tiada jaminan bahawa tidak akan berlaku Perang Dunia Keempat, kerana peperangan bukan sesuatu yang boleh dibendung. Jammu dan Kashmir mungkin ada jawapannya.
Isu Jammu dan Kashmir ini boleh diselesaikan dengan membenarkan wakil daripada kedua-dua negara ini menjalankan pilihan raya mereka sendiri atau plebisit; seperti resolusi Majlis Keselamatan UN.
Pakistan dan China menyokong hak pemilihan secara demokratik, termasuk United Kingdom, Perancis, dan juga Amerika Syarikat - jika bukan di bawah kerajaan white supremacist.
Dengan menghapuskan Perkara 370 dalam Perlembagaan India pada 5 Ogos yang lalu, serta menyekat kebebasan media dan memutuskan perkhidmatan telefon dan internet, Perdana Menteri Narendra Modhi, yang dikenali sebagai seorang nasionalis dan supremasi Hindu, memecahkan Jammu dan Kashmir secara unilateral kepada dua Wilayah Kesatuan, dan melanggar Perlembagaan India itu sendiri.
Parti BJP memenangi 22 daripada 29 negeri pada pilihan raya umum yang baru-baru ini, melayakkan mereka untuk menggubal Perlembagaan India secara majoriti.
Menjelang akhir tahun 2019, jika pemansuhan Akta 307 diluluskan, Jammu dan Kashmir akan diterajui secara terus oleh India - membenarkan kira-kira 370,000 tentera India untuk memasuki Jammu dan Kashmir bagi meluaskan penguasaannya walaupun sudah ada 700,000 tentera India telah ditempatkan di sana.
Dengan hampir 1.4 juta tentera mengawal serta memerhati 300,000 orang Muslim di wilayah Jammu dan Kashmir, kedua-dua wilayah tersebut menjadi wilayah militari yang terbesar di dunia. Pencerobohan hak asasi telah berleluasa dan ketegangan mungkin bertambah. Lebih kurang 1,200 pemimpin politik yang menyokong Jammu dan Kashmir telah ditahan dan segala akses kepada perkhidmatan undang-undang dan keluarga disekat. Sekiranya fasisme mempunyai nama dalam Hindu, sudah tentu ia akan berkibar dalam bendera BJP.
Akibat daripada perkara di atas, perbalahan serta pergolakan akan menjadi normal bagi Jammu dan Kashmir pada masa depan, dengan gerakan menuntut kemerdekaan seperti pemberontakkan gerila demi menghapuskan pasukan tentera India dari berada di situ. Penempatan pasukan tentera India yang besar tersebut diumpamakan sebagai “Nazi Indian BJP movement” oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan. Di sini, Pakistan bukannya hendak berperang dengan India, tetapi jelas, Pakistan tidak bersetuju dengan penghapusan Artikel 370.
Malaysia telahpun membuat seruan supaya semua pihak mengambil tindakan yang rasional. Di samping itu, ahli-ahli parlimen United Kingdom juga telah menyeru Perdana Menteri Boris Johnson untuk memujuk Perdana Menteri Modi supaya berhenti melakukan perkara yang secara terang lagi bersuluh bersifat nationalis Hindu.
India mempunyai peranan yang penting dalam Strategi Indo-Pacific Amerika Syarikat sejak 31 Mei 2019. Sekiranya BJP menjalankan serangan ini untuk kali pertama sejurus selepas kemenangannya dalam pilihan raya untuk mengubah sifat sekular di India, ini juga bermakna bahawa India akan sanggup bergabung dengan kuasa-kuasa lain pada masa depan untuk menambahkan kuasa dan pengaruhnya di Laut China Selatan dan Lautan Hindi dengan menyekat mana-mana kuasa yang tidak disukai oleh BJP.
Walaupun jika India dapat bersepakat dengan kuasa lain untuk mengawal Laut China Selatan, mahupun Lautan Hindi bagi menyekat mana-mana kuasa yang tidak disukai oleh BJP, belum tentu India sesuai untuk dijadikan rakan strategik memandangkan BJP bertindak dengan semangat nationalisme Hindu yang begitu tinggi buat masa sekarang.
Ini tidak membawa manfaat kepada Strategi Indo Pacifik. Asean sentiasa memberi keutamaan kepada keharmonian di rantau Indo-Pacifik ini.
Nasib dan masa depan Jammu dan Kashmir harus diselesaikan di meja rundingan Majils Keselamatan UN dengan kadar yang segera. Sempadan kawalan antara India, Pakistan, dan China perlu dipulihkan buat sementara demi mengelakkan pencetusan ketegangan nuklear antara tiga buah negara yang mempunyai nuklear itu.
Perang Dunia Keempat bukannya omong kosong. Ia wujud dalam wilayah Jammu dan Kashmir -- walaupun kawasan-kawasan ini begitu kecil namun kepentingan sempadan ini telah mengelirukan semua pihak terutama India dan China.
China telah menguasai Aksai Chin. Pakistan pula mahukan Jammu dan Kashmir mempunyai plebisit untuk berada di bawah pemerhatian Kesatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. India pula terus menerus mengganggu dua kuasa besar nuklear itu, terutama selepas Perdana Menteri, Imran Khan, dengan baik dan bermurah hati untuk melepaskan Juruterbang India yang ditangkap pada April 2019, selepas tentera udara India menceroboh masuk ruang udara Pakistan.
Cukup setakat itu
Memenangi pilihan raya semula dalam jumlah majoriti yang besar tidak membenarkan hak automatik untuk memusnahkan kestabilan serantau dan global Indo-Pasifik, khususnya seluruh dunia. Hutang darah dibayar darah menyebabkan seluruh dunia musnah. Apa yang dilakukan Perdana Menteri Modi adalah penaklukan dan pencabulan yang sama sekali berbeza dengan apa yang sudah dicapai oleh Israel ke atas Palestine lebih-lebih lagi selepas Perang 6 Hari pada 1967; yang diistilahkan sebagai “Al-Nakhbar” (Kehancuran) oleh orang Arab.
Semakin besar jumlah orang India dibenarkan untuk menduduki lembah Jammu dan Kashmir secara keseluruhannya, penduduk Kashmir dan umat Islam di Jammu akan mendapati diri mereka menjadi minoriti di kalangan semua minoriti di atas tanah mereka sendiri. Apabila ditindas, orang-orang yang lebih pintar, mungkin kumpulan gerila, dan para pengganas dari semua pelusuk dunia lain akan memecah masuk Jammu dan Kashmir. Ini akan membawa masuk kitaran baharu dan lebih banyak keganasan yang boleh mengakibatkan Perang Dunia Keempat. OIC, jangan risau!
Dr. Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan merupakan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!