Bangladesh mahu lebih tegas terhadap pelarian Rohingya

Pelarian Rohingya di kem Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto Reuters
Pelarian Rohingya di kem Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto Reuters
A
A
A

DHAKA - Kerajaan Bangladesh berkata pihaknya akan mengambil pendirian lebih tegas terhadap pelarian Rohingya yang berada di negara itu.

Menteri Luar Bangladesh, Abdul Momen berkata, negara itu tidak lagi mampu menanggung beban ekonomi bagi menguruskan pelarian.

Khamis lalu, percubaan kali kedua menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar gagal apabila tiada seorang pelarian muncul untuk menaiki bas yang akan membawa mereka menyeberang sempadan.

Momen mendakwa beberapa kumpulan bukan kerajaan memujuk pelarian agar tidak pulang.

Komen tersebut dibuat selepas dua lelaki Rohingya ditembak mati polis di sebuah kem pelarian di daerah Cox's Bazar.

Pihak berkuasa memberitahu AFP, dua pelarian terbabit dituduh membunuh Omar Faruk, seorang pegawai parti pemerintah, Parti Liga Awami Khamis lalu.

Menurut Polis Inspektor, Rasel Ahmad, kedua-dua lelaki meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital. - BBC

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kepulangan Rohingya: Myanmar salahkan Bangladesh

Proses hantar pulang pelarian Rohingya ditangguh lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!