Agong berangkat ke Indonesia sempena lawatan negara esok

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat ke Indonesia sempena lawatan negara selama empat hari bermula esok hingga 29 Ogos.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan turut berangkat mengiringi Sultan Abdullah.

"Semasa lawatan negara ini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor, Jakarta.

"Baginda berdua juga turut berkenan menghadiri Majlis Jamuan Minum Petang bersama rakyat Malaysia di Indonesia dan

Rombongan lawatan negara itu turut disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku menteri pengiring, pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan turut berangkat ke Yogyakarta dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Yogyakarta dan Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X serta melawat beberapa tempat bersejarah di sana.

"Lawatan negara ini melambangkan keakraban dan keteguhan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia serta akan menyumbang ke arah mengukuhkan lagi jalinan persahabatan antara kedua-dua negara yang telah terbina sejak 62 tahun lalu," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!