500 keluarga besar Al-Ahmadi berkumpul

Halim (tiga dari kiri) bergambar bersama kekuarga Al-Ahmadi yang hadir pada majlis silaturahim yang diadakan di Dewan Sri Iskandar hari ini.
Halim (tiga dari kiri) bergambar bersama kekuarga Al-Ahmadi yang hadir pada majlis silaturahim yang diadakan di Dewan Sri Iskandar hari ini.
A
A
A

SETIAWANGSA - Kira-kira 500 keluarga besar Al-Ahmadi berkumpul dalam majlis silaturahim yang diadakan di Dewan Sri Iskandar, di sini hari ini.

Al-Ahmadi berasal dari Kampung Jias Pasir Mas, Kelantan mula diasaskan pada 1930 oleh Sulaiman dan anaknya, Ahmad bertujuan untuk merapatkan pertalian keluarga yang mula pudar.

Penganjur, Halim Ab Rahman berkata, keluarga besar Al-Ahmadi cuba mengekalkan tradisi untuk mengadakan pertemuan dan program setiap kali Aidiladha.

"Kami berusaha meneruskan legasi dan mengikat tali persaudaraan dari Kelantan yang kemudian merantau ke negeri-negeri lain mencari rezeki.

"Alhamdulillah, penganjuran kali ini berjalan lancar. Kami berjaya korbankan seekor lembu pada hari raya ketiga dan dagingnya digunakan untuk majlis hari ini," katanya pada majlis yang berlangsung selama empat jam bermula 10 pagi tadi.

Halim berkata, sehingga kini seramai 3,800 susur galur keluarga Al-Ahmadi didaftarkan yang kini sudah memasuki generasi ke-13.

"Usaha menjejaki sanak saudari Al-Ahmadi diteruskan. Kami juga membantu ekonomi keluarga dengan bergerak secara kumpulan bagi mengembangkan perniagaan dari Kelantan masuk ke pasaran Lembah Klang.

"Istimewa pertemuan kali ini ia diatur oleh generasi muda al-Ahmadi. Harap tradisi ini diteruskan pada masa akan datang dan semoga tali persaudaraan ini dipereratkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!