Bomba bantu potong gari kerana kunci patah

Anggota bomba memotong gari OYDS. Foto: BOMBA
Anggota bomba memotong gari OYDS. Foto: BOMBA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis terpaksa mendapatkan bantuan bomba bagi memotong gari seorang suspek kes jenayah semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, setelah selesai bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL), anggota pengawal suspek tersebut telah mendapati kunci gari patah dan tertinggal di dalam semasa dibuka.

Gari yang berjaya dipotong oleh anggota bomba. - Foto: BOMBA
Gari yang berjaya dipotong oleh anggota bomba. - Foto: BOMBA

"Setelah gagal membuka gari itu, anggota berkenaan telah meminta bantuan pihak bomba.

"Setelah berjaya membukanya, tugas mengawal suspek tersebut berjalan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!