KSN bincang pengawasan perairan negara semasa melawat Maritime Base

Aminuddin Abdul Rashid
Aminuddin Abdul Rashid
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penekanan ke atas pengoperasian dan pengawasan ke atas kedaulatan perairan negara menjadi antara intipati yang dibincangkan ketika lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar ke Abu Bakar Maritime Base (ABMB) dekat Kota Tinggi, di sini hari ini.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata selain itu, penerangan mengenai penyelenggaraan dan penambahbaikan peralatan yang sedia ada serta tadbir urus kebajikan anggota yang bertugas di ABMB turut diberi penekanan.

"Sepanjang lawatan, Ismail telah diberi penerangan terkini tentang pengoperasian ABMB, keperluan dan untuk ditingkatkan.

"Delegasi juga dibawa meninjau ke menara kawalan dan kemudahan di ABMB, Batuan Tengah dan sesi lawatan ditamatkan selepas sesi bergambar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Engku Hamzah Tuan Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Ibrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Osman. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!