Lelaki miliki senjata tiruan ditahan

Senjata tiruan milik suspek yang dirampas polis. - Foto polis
Senjata tiruan milik suspek yang dirampas polis. - Foto polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan polis selepas didapati memiliki senjata api tiruan semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu tempat kerja lelaki itu di Desa Aman Puri, Kepong, Gombak sekitar jam 10 malam dan menemui senjata api tiruan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan di sebuah pejabat urusan menemui sepucuk senjata berwarna hitam tanpa jenama dan tiada nombor siri bersama satu kelopak mengandungi 122 bebola putih.

"Senjata itu disimpan di bahagian belakang pintu pejabat dan suspek dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku senjata tiruan itu adalah miliknya.

"Suspek membeli senjata itu dengan harga RM1,800 di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

"Urusan jual beli senjata dilakukan melalui Facebook dan seterusnya berurusan dengan lelaki warga Thailand ketika proses jual beli.

“Dia memberi alasan membeli senjata itu sebagai hobi bersukan ketika berada di Muar, Johor dan menyimpan dalam pejabat untuk tujuan keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Samsor, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!