Arkitek sedia ubah suai Carcosa

Hajeedar menunjukkan pelan Carcosa. - Foto ZAHID IZZANI
Hajeedar menunjukkan pelan Carcosa. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

SYARIKAT arkitek, Hajeedar and Associates Sdn Bhd bersedia membaik pulih Carcosa Seri Negara sekali lagi jika kerajaan mengarahkannya berbuat demikian memandangkan syarikat itu memiliki berpengalaman mengubah suai dua bangunan bersejarah itu pada tahun 1989.

Pemilik syarikat berkenaan yang juga Presiden Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia, Datuk Hajeedar Abdul Majid berkata, kedua-dua bangunan tersebut telah diiktiraf sebagai Bangunan Bersejarah mengikut Akta Warisan Negara 2005 pada 6 Julai 2007 namun pihaknya berasa sedih apabila ia sudah terbiar sejak beberapa tahun lalu.

“Saya masih simpan lukisan dan lakaran ubah suai bangunan itu. Biarpun sedih namun apakan daya, bangunan itu adalah milik negara (kerajaan),” katanya.

Lakaran pelan tapak Carcosa Seri Negara. (Gambar kecil: Hajeedar). - Foto ZAHID IZZANI
Lakaran pelan tapak Carcosa Seri Negara. (Gambar kecil: Hajeedar). - Foto ZAHID IZZANI

Beliau berkata, jika terus terbiar lama bangunan Carcosa Seri Negara berkemungkinan pudar dan struktur kayunya akan terus reput.

“Air yang bertakung di lantai pula akan menyebabkan hakisan dan kayu-kayu pada struktur bangunan mungkin diserang anai-anai. Jadi saya berharap bangunan bersejarah itu dapat dibaik pulih dan dipulihara semula,” katanya.

Katanya, bangunan Carcosa Seri Negara menjadi simbol sejarah yang amat berkaitan dengan kemerdekaan negara bermula daripada detik penjajahan British termasuk era tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941.

Artikel Berkaitan:

Carcosa Seri Negara. - Foto ZAHID IZZANI
Carcosa Seri Negara. - Foto ZAHID IZZANI

Menurut arkitek berpengalaman itu, Carcosa Seri Negara telah kosong selama dua tahun sejak 1987, sebelum beliau membuat kerja baik pulih pada 1989.

Katanya, ciri-ciri seni bina Carcosa melambangkan kemewahan kerana kedudukannya di atas bukit berkeluasan 10.16 hektar apatah lagi dilengkapi dengan bilik-bilik tetamu serta pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis dan sebagainya.

“Lebih menarik, kamar tidur utama bersambung dengan balkoni anjung dan betul-betul menghadap taman bunga yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di hadapan banglo istimewa ini.

Carcosa Seri Negara. - Foto ZAHID IZZANI
Carcosa Seri Negara. - Foto ZAHID IZZANI

“Pada 1989 kos baik pulih untuk menjadikannya sebagai hotel bertaraf lima bintang melibatkan kos RM10 juta. Jika mahu membaik pulih bangunan itu sekarang, ia mungkin melibatkan belanja yang lebih besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengimbas kembali kenangan yang terpahat dalam hatinya sewaktu terlibat dalam pengubahsuaian Carcosa Seri Negara, Hajeedar berkata, beliau turut teruja apabila Perdana Menteri ketika itu yang juga Perdana Menteri sekarang, Tun Dr Mahathir Mohamad sangat berminat dan memberikan fokus beliau terhadap kerja membaik pulih bangunan itu.

“Hampir setiap minggu, selepas waktu bekerja pada jam 4.30 petang, Dr Mahathir akan datang ke Carcosa Seri Negara untuk melihat perkembangan kerja ubah suai,” katanya.

Perdana menteri sekarang ini Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sangat berminat dan memberikan fokus beliau terhadap kerja membaikpulih Carcosa pada 1989.
Perdana menteri sekarang ini Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sangat berminat dan memberikan fokus beliau terhadap kerja membaikpulih Carcosa pada 1989.

Namun tarikh tidak dilupakannya adalah pada 17 Januari 1989 apabila Dr Mahathir sanggup berjalan bersamanya sejauh setengah kilometer iaitu jarak antara Carcosa dan Seri Negara.

“Selepas saya memberi penerangan perkembangan kerja ubah suai, kami kena pergi ke Carcosa untuk minum petang dan beliau sudi berjalan kaki bersama saya walaupun jarak antara dua bangunan itu boleh tahan jauh,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Carcosa Seri Negara bakal lenyap

‘Carcosa makin buruk sejak kami keluar’

Benarkah jelmaan Lady in White muncul di Carcosa?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!