Israel bedil Genting Gaza, wilayah Lubnan bersempadan Syria

Israel pada minggu lalu memberi amaran serangan baharu ke atas wilayah Gaza adalah lebih dahsyat berbanding operasi ketenteraan pada 2012 dan 2014.
Israel pada minggu lalu memberi amaran serangan baharu ke atas wilayah Gaza adalah lebih dahsyat berbanding operasi ketenteraan pada 2012 dan 2014.
A
A
A

TEL AVIV - Israel melancarkan serangan udara baharu ke atas Genting Gaza dan wilayah di Lubnan berhampiran sempadan Syria menggunakan jet dan dron.

Tiga dron milik rejim Zionis membedil wilayah tengah Bekaa di timur Lubnan pada malam semalam menyasarkan kedudukan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin.

Kumpulan itu memaklumkan serangan itu bagaimanapun gagal untuk mengenai sasaran tersebut.

"Ia hanya mengakibatkan kerosakan material," kata jurucakap kedudukan tentera milik kumpulan Palestin di bandar Qousaya, Abu Muhammad.

Difahamkan, serangan dron itu berlaku sehari selepas dua pesawat tanpa pemandu terhempas di kawasan kejiranan selatan di Beirut.

Gerakan Hizbullah memberitahu dron pertama terhempas pada sebuah bangunan yang menempatkan pejabat media di pinggir Dahieh manakala pesawat tanpa pemandu kedua yang dihantar untuk mencari dron pertama dilaporkan jatuh di sebuah plot kosong sejurus ia diletupkan di ruang udara.

Setiausaha Agung gerakan itu, Sayyed Hassan Nasrallah turut memberi amaran kepada Israel kerana mencabuli ruang udara Lubnan dan menegaskan mereka akan menyerang balas sebarang pelanggaran yang dibuat dron Israel.

Di Gaza, jet pejuang rejim Zionis turut membedil bandar Beit Lahia di utara Genting Gaza.

Artikel Berkaitan:

Media tempatan melaporkan serangan balas itu dibuat susulan pelancaran tiga roket dari wilayah Gaza.

"Dua daripadanya berjaya dipintas manakala roket ketika mengenai kawasan lapang berhampiran lebuh raya utama di wilayah selatan Israel," jelas laporan itu lagi. - Agensi