Nilai Yuan capai titik paling lemah sejak 2008

Penyusutan nilai Yuan menjadikan eksport China lebih murah.
Penyusutan nilai Yuan menjadikan eksport China lebih murah.
A
A
A

BEIJING - Mata wang China merosot hari ini kepada titik paling lemah dalam tempoh lebih 11 tahun di tengah-tengah kebimbangan tentang perang perdagangan yang tercetus dengan Amerika Syarikat (AS) yang berpotensi menyebabkan kemelesetan global yang membebankan pasaran.

Nilai Yuan adalah kira-kira 7.1425 per Dolar AS pada perdagangan Asia lewat pagi tadi dan merupakan titik paling lemah sejak awal 2008.

Bank Rakyat China telah menetapkan kadar itu semakin lemah sejak beberapa minggu lalu dan meletakkan pada 7.057 per Dolar hari ini.

Difahamkan, langkah membenarkan nilai Yuan menyusut menjadikan eksport China lebih murah dan mengimbangi beberapa beban tarif yang dikenakan AS.

Awal bulan lalu, Yuan melepasi ambang kunci 7.0 berbanding Dolar beberapa hari selepas Washington mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif baharu ke atas barangan import dari Beijing bermula 1 September ini.

Sejak akhir-akhir ini, ketegangan ekonomi global semakin meningkat susulan perang perdagangan antara AS dan China yang bertindak menaikkan cukai import masing-masing. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!