UMNO tak terlibat jatuhkan Paul Yong: Saarani

Datuk Saarani Mohamad
Datuk Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - UMNO Perak tidak terlibat dalam mana-mana konspirasi politik membabitkan pemimpin kerajaan termasuklah tuduhan rogol yang dihadapi Exco Kerajaan Perak, Paul Yong.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pembangkang di Perak tiada masa untuk terlibat dengan masalah parti-parti dalam kerajaan.

Menurutnya, UMNO dan Pas kini lebih banyak menumpukan usaha mengukuhkan kerjasama untuk berdepan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Jangan dipolitikkan kes-kes sebegini dan jangan tuding jari kepada orang lain. Kenapa tuduh UMNO terlibat? Kami tak campur hal Paul Yong," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas persoalan diajukan Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sama ada UMNO terlibat menjatuhkan Paul.

Dalam pada itu, Saarani berkata, tindak-tanduk Koo Ham yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam isu Paul menunjukkan seperti ada sesuatu yang tersirat.

Menurutnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada sistem perundangan negara untuk menentukan keadilan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!