Lantikan 14 pegawai penyelidik dipersoal

Datuk Adnan Abu Hassan
Datuk Adnan Abu Hassan
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan keperluan kerajaan negeri melantik seramai 14 pegawai penyelidik secara kontrak sehingga kerajaan terpaksa membuat penambahan bajet sebanyak RM660,200.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang dikatakan mengamalkan belanjawan berhemah, sepatutnya tidak perlu ada lagi belanjawan tambahan.

"Bagi tajuk Perkhidmatan dan Bekalan, saya lihat sebanyak RM660,200 tambahan diperlukan bagi menampung bayaran pegawai penyelidik berkenaan. Saya mohon pencerahan apakah tugas pegawai penyelidik ini.

"Saya difahamkan setiap Exco sudah ada pegawai khas mereka, tapi adakah perlu penambahan seramai 14 pegawai penyelidik ini dan apakah gred mereka kerana Yang Berhormat (Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun) bercakap soal belanjawan berhemah dan penjimatan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan adakah ia selari dengan aspirasi dan gerak kerja kerajaan negeri iaitu untuk memastikan mereka yang dilantik secara kontrak ini sebenarnya diperlukan untuk membantu Exco, pejabat Speaker dan Menteri Besar.

Sementara itu, Yek Diew Ching (Chuah-PH) berkata, peranan pegawai penyelidik sangat penting kerana dapat membantu Exco membuat keputusan secara teliti dan bermutu tinggi.

Katanya, seorang pegawai khas tidak mencukupi untuk membantu Exco dan ia berbeza dengan kerajaan terdahulu.

"Saya mohon pembangkang untuk menyokong lantikan pegawai penyelidik supaya dapat membuat keputusan sempurna," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!