MPN main peranan penting bina masyarakat berdaya saing: Rais

Barisan ahli akademik yang hadir pada Mesyuarat Pra Kongres Profesor Negara ketiga di MPN Kajang hari ini.
Barisan ahli akademik yang hadir pada Mesyuarat Pra Kongres Profesor Negara ketiga di MPN Kajang hari ini.
A
A
A

KAJANG - Majlis Profesor Negara (MPN) memainkan peranan penting sebagai organisasi yang menggerakkan kepakaran tenaga akademik dalam membina masyarakat negara yang lebih berdaya saing.

Bekas Penasihat Sosio Budaya kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, pengalaman dan ilmu pengetahuan dimiliki itu sangat penting bagi mengatur tindakan ke depan untuk kebaikan negara.

"Organisasi pensyarah dan profesor (MPN) ini perlu diberi pengiktirafan kerana mereka menjadi antara tunjang utama kepada dunia intelektual, akademik dan meningkatkan taraf tamadun negara.

"Jika MPN tidak disokong untuk menyerlahkan pandangan mereka (dalam akademik), negara akan ketinggalan.

"Justeru, kerajaan perlu terus mendukung kewujudan organisasi ini memandangkan sumbangan ahli akademik sangat penting," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Pra Kongres Profesor Negara kali ketiga di Balai Ilmuan MPN di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kongres yang juga Presiden MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Setiausaha Kongres yang juga Timbalan Presiden MPN, Prof Dr Kamaruddin Md Said.

Rais yang juga Pengerusi Yayasan Budi berkata, melihat kepada 'kelonggaran' aspek perpaduan negara ketika ini, MPN turut memainkan peranan bagi menggunakan kepakaran dan ilmu mereka untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!