PAT Bersatu: 1,550 perwakilan nantikan ucapan Tun M

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi & Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto: Bernama

A
A
A
PUTRAJAYA - Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang masuk hari kedua hari ini dimuatkan dengan sesi perbahasan perwakilan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi pada perhimpunan tahunan kedua-dua sayap parti gabungan Pakatan Harapan itu.

Perasmian serentak perhimpunan sayap berkenaan disempurnakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi dengan kehadiran Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Harun.

Atur cara hari ini dimulakan dengan penyampaian ucapan dasar pada perhimpunan masing-masing oleh Syed Saddiq dan Rina pada sebelah pagi sebelum kedua-duanya menyampaikan ucapan penggulungan pada sebelah petang.

Sesi perbahasan perwakilan dibuat secara tertutup.

Selesai perhimpunan tahunan Armada dan Srikandi, tumpuan beralih pada sebelah malam kepada Dewan Plenary PICC.
Artikel Berkaitan:

Di hadapan sekitar 1,550 perwakilan, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucapan dasarnya pada PAT kali kedua parti berkenaan.

Ini merupakan PAT pertama Bersatu selepas penubuhan kerajaan Pakatan Harapan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!