Pelajar tingkatan satu maut dilanggar kereta

Mangsa dilanggar sebuah pacuan empat roda meninggal dunia di lokasi kejadian. Gambar kecil, Ahmad Rafiq.
Mangsa dilanggar sebuah pacuan empat roda meninggal dunia di lokasi kejadian. Gambar kecil, Ahmad Rafiq.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pelajar tingkatan satu yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di KM38 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Assam Jawa di sini hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Rafiq Darwisy Ahmadrunizam, 13, beralamat di Kampung Pasir Tuntong Bukit Rotan, mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak kira-kira 20 meter disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kemalangan berlaku semasa Toyota Hilux dari arah Klang menuju ke Teluk Intan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu berusia 45 tahun dipercayai melanggar mangsa yang ketika itu sedang melintas mengakibatkan mangsa tercampak," katanya.

Md Asri berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan kemalangan merupakan jalan lurus dua lorong dan keadaan jalan kering serta rata.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat, manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!