Rumah separuh kekal musnah terbakar

Sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Belenggu di sini hari ini.
Sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Belenggu di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah rumah musnah selepas terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru Belenggu di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang musnah 100 peratus.

Menurutnya, seramai dua pegawai dengan tujuh anggota dibantu dari BBP Temerloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.22 pagi.

"Ketika tiba di tempat kejadian kita dapati api sedang marak. Tindakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu untuk mengawal kebakaran selain bantuan dari jentera BBP Temerloh.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran di Kampung Baru Belenggu di sini hari ini.
Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran di Kampung Baru Belenggu di sini hari ini.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya dan kebakaran tersebut juga tidak melibatkan sebarang nyawa.

"Jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!