Pertukaran pegawai kerajaan perkara biasa

Aminuddin ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2019 Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini.- Foto Bernama
Aminuddin ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2019 Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Pertukaran pegawai kerajaan dalam pentadbiran kerajaan negeri adalah perkara biasa dan bukannya disengajakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bertujuan memastikan soal pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar selain untuk kepentingan perkhidmatan dan perjawatan.

"Ada yang dinaikkan pangkat dan berpindah ke ibu pejabat. Mungkin ini yang disalah maklumkan dan ini bukan disengajakan tapi untuk kepentingan perkhidmatan dan perjawatan yang ada.

"Siapa yang pernah bekerja dengan kerajaan mereka tahu yang pertukaran itu satu perkara biasa," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2019 Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak bermakna pegawai yang berpindah itu gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.

Selain itu katanya, jika ada pegawai yang didapati tidak boleh bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan hari ini, mereka juga dinasihatkan untuk berpindah ke jabatan lain.

"Kita perlukan penjawat awam yang jujur dan ikhlas serta sedia berkhidmat dengan kita untuk pastikan kerja-kerja pentadbiran dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya juga dapati pegawai yang ditukar ke negeri ini juga menunjukkan komitmen tinggi dan hari ini kita lihat bagaimana prestasi mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!