Premis tidak kibar bendera boleh didenda

Norkamawati
Norkamawati
A
A
A

KUANTAN - Pemilik premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang di premis mereka sempena Bulan Kebangsaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 mulai Rabu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, pemilik premis diberi tempoh sehingga esok sebelum penguat kuasa MPK menjalankan operasi.

"Berdasarkan Pekeliling Pelesenan Bil 10/2019 - Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 62 Tahun 2019 Peringkat Negeri Pahang; MPK mensyaratkan premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri serta memberi pencahayaan sempena sambutan bulan kemerdekaan pada 15 Ogos hingga 16 September 2019.

"Kegagalan pemilik premis mengibarkan Jalur Gemilang boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!