Henti takutkan orang ramai

Mohd Nasri dakwa video yang dirakam disalah erti dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Mohd Nasri dakwa video yang dirakam disalah erti dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
A
A
A
DUNGUN - Di sebalik penularan video fenomena luar biasa air surut di Sungai Kuala Dungun, ada pihak tidak bertanggungjawab mengecam, malah menyebar berita palsu mendakwa tsunami bakal melanda.

Pemuda berusia 22 tahun, Mohd Nasri Musa yang merakam video berkenaan melahirkan rasa kecewa apabila tujuannya berbuat demikian disalah erti, malah menimbulkan fitnah.

Menurutnya, tujuan sebenar dia merakam detik tersebut kerana ia kelihatan terlampau aneh dan jarang berlaku.

Mohd Nasri dakwa video yang dirakam disalah erti dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Mohd Nasri dakwa video yang dirakam disalah erti dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.



"Saya beranikan diri ke tengah pulau berpasir untuk ambil video sebagai info semasa.

"Entah kenapa ia tular tetapi mungkin disebabkan kes Tsunami di Indonesia.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab sebar audio mengatakan akan berlaku tsunami disebabkan fenomena itu.

"Saya dikecam kerana info mengejutkan itu, sedangkan ada pihak yang cuba ambil kesempatan takutkan orang ramai," katanya.

Mohd Nasri turut berharap masyarakat tidak mengambil kesempatan dan menyebarkan berita tidak benar.

Artikel Berkaitan:


"Saya sekarang difitnah bertalu-talu kerana video tersebut.

"Sedangkan video itu sekadar info semasa tetapi ada yang sebarkan info tidak betul dengan menokok tambah.

"Di dalam video berkenaan juga tiada sebut pasal tsunami tetapi info kejadian semata-mata," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!