Permohonan Riza Aziz pindah kes didengar 23 September

RIZA AZIZ. - Foto ZAHID IZZANI
RIZA AZIZ. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 23 September ini untuk mendengar permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz berhubung lima pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib selepas pengurusan kes itu dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahyuddin Mohmad Som.

Ahmad Akram berkata, mahkamah turut mengarahkan pihaknya dan pihak pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum 17 September ini.

"Pemindahan kes ini ke Mahkamah Tinggi hanya melengahkan masa dan prosiding mahkamah.

"Hakim Mahkamah Sesyen layak untuk mendengar kes pengubahan wang haram seperti ini," katanya.

Sementara itu, peguam Syazwani Mohd Zawawi yang mewakili Riza,42, memberitahu pihaknya sudah memfailkan afidavit berkaitan permohonan itu pada 16 Ogos lalu.

Menurutnya, pihak pembelaan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes anak guamnya (Riza Shahriz) dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi memandangkan kes itu membabitkan undang-undang rumit dan sukar.

"Kes ini juga membabitkan isu berkaitan 1Malaysia Developement Sdn Berhad (1MDB).

Artikel Berkaitan:

"Maka pihak kami memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Pada 5 Julai lalu, Riza yang juga pemilik syarikat Red Granite Pictures membuat pengakuan tidak bersalah terhadap lima pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), lapan tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz tak mengaku salah ‘cuci wang haram’ 1MDB RM1.25 bilion

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!