Dana SRC: Nasib Najib diketahui 11 November
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 November ini untuk membuat keputusan berhubung tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh hari itu selepas Peguam Negara Tommy Thomas secara rasmi menutup kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu.
Najib menghadapi tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan penyalahgunaan kuasa dan tiga pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Sehubungan itu, pada tarikh tersebut mahkamah akan menentukan sama ada terdapat prima facie terhadap kes untuk Najib tampil membela diri ataupun beliau akan dibebaskan sekiranya pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!