Gaya bertudung Tunku Azizah jadi inspirasi

Gambar yang dikongsi Sarah Misha di Twitter mendapat komen balas dari Raja Permaisuri Agong
Gambar yang dikongsi Sarah Misha di Twitter mendapat komen balas dari Raja Permaisuri Agong
A
A
A

RAMAI yang kagum dengan penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertudung litup sama ada majlis rasmi mahupun santai.

Terbaru, ia menjadi inspirasi sebahagian pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam apabila meniru gaya Permaisuri bertudung dalam foto kelas mereka.

Parkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar tersebut, Sarah Misha di akauan Twitternya dan turut tag Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Tahun ini gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang,"

Paling menarik apabila posting itu mendapat perhatian dan pujian daripada Tungku Permaisuri sendiri.

"Cantek," balas tuanku.

Artikel Berkaitan:

Pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam apabila meniru gaya Permaisuri bertudung dalam foto kelas mereka. - Foto TWITTER SARAH MISHA
Pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam apabila meniru gaya Permaisuri bertudung dalam foto kelas mereka. - Foto TWITTER SARAH MISHA

"Terima kasih banyak, tuanku permaisuri idola kami semua," tulis Sarah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!