70,000 pemandu teksi buat dua tuntutan kepada kerajaan

Kamarudin (berdiri, tengah) bersama 21 wakil persatuan teksi Kelantan menunjukkan borang sokongan GTSM ketika berhimpun di Stesen Teksi Kota Bharu hari ini.
Kamarudin (berdiri, tengah) bersama 21 wakil persatuan teksi Kelantan menunjukkan borang sokongan GTSM ketika berhimpun di Stesen Teksi Kota Bharu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 70,000 pemandu teksi dari lima negeri seluruh negara menyatakan persetujuan untuk menyokong usaha Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM) berhubung dua tuntutan terhadap kerajaan.

Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, GTSM mendapat sokongan pemandu teksi ini dan akan membuat dua tuntutan iaitu mewujudkan persatuan teksi di bawah akta khusus serta meletakkan syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing sebagai teksi.

Bagi mencapai hasrat itu beliau berkata, memorandum tuntutan berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Senator Malaysia pada 30 September ini.

“Setakat ini kami mendapat sokongan 70,000 pemandu teksi dan kereta sewa melibatkan 180 persatuan pemandu teksi di Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Kami akan meneruskan siri jelajah ke seluruh negara dan terdekat GTSM akan mendapatkan sokongan daripada pemandu teksi di Terengganu,” katanya pada sidang akhbar Perhimpunan bersama 21 wakil persatuan teksi Kelantan di Stesen Teksi Kota Bharu hari ini.

Hadir sama Timbalannya, Manugharan Sellandy dan Yang Dipertua Gabungan Persatuan Kereta Sewa Kelantan (GPK), Wan Mohd Kemaludin Wan Mohamed Nor.

Dalam pada itu Kamarudin turut berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan isu-isu yang berlaku seolah-olah meminggirkan tuntutan mereka sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemandu teksi di negara ini kecewa kerana kerajaan seolah-olah tidak membela nasib pemandu teksi sebagai mana yang pernah dijanjikan sebelum pilihan raya umum lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!