Pasar borong Selayang lubuk rasuah?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendapati bahawa terdapat isu rasuah dan salah guna kuasa yang serius sedang berlaku di pasar borong Selayang, selepas pertubuhan itu membuat pemantauan dan pemerhatian malam tadi.

Presiden MCW, Jais Karim berkata, dakwaan ini berdasarkan hasil pemerhatian mereka mendapati, situasi di pasar berkenaan kini 'nazak' dengan isu berkenaan.

"Kehadiran pendatang tanpa izin yang cukup ramai di situ yang tidak terkawal oleh pihak imigresen. Mereka juga berniaga dan bekerja tanpa lesen dan permit yang sah malah ada yang telah menjadi tauke.Kebanyakan gerai yang tidak berlesen beroperasi dengan sewenang-wenangnya tanpa dapat dikawal oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pihak NAFAS, NEKMAT, FAMA dan DBKL juga gagal mengawal pemilik lesen yang menyewakannya dengan harga tinggi kepada orang lain terutamanya kepada pendatang asing. Berlakunya pelbagai pelanggaran undang-undang di hadapan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tanpa sebarang tindakan," kata MCW hari ini.

Kata mereka lagi, terdapat kartel yang kelihatan mengawal perniagaan di kawasan berkenaan yang melibatkan hampir RM5 juta hingga RM10 juta sehari.

"Inilah lubuk rasuah yang lumayan. Walaupun ada juga serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa (secara berkala) namun masalah ini menjadi bertambah serius. Sampai bilakah masalah ini perlu dibiarkan?," katanya lagi.

Justeru MCW mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turun untuk menyiasat bagi memastikan Malaysia terus bersih daripada gejala rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Imigresen gempur Pasar Borong Selayang

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!