Tiga tip wanita berkerjaya urus masa
A
A
A
Ya, bukan mudah. Namun yang pasti, tangan yang dikatakan menghayun buaian sebenarnya boleh menggegarkan dunia saat kita dapat berjaya uruskan masa antara kerja di pejabat dan keluarga di rumah dengan baik.
Jadi, berikut merupakan tips pengurusan masa untuk wanita seimbangkan antara kerja dan keluarga :
#1 : Bangun Pukul 5 Pagi
Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, waktu pagi boleh jadi satu cabaran kerana selain nak siapkan diri untuk ke tempat kerja, kita juga perlu layan pelbagai karenah anak-anak yang tidak menentu – yang merengek, yang menangis tak mahu pergi sekolah dan sebagainya.
Sebab itu, kita digalakkan bangun awal pagi supaya kita lebih bersedia untuk segala kemungkinan. Termasuk kita dapat siapkan hidangan sarapan yang berkhasiat dan sihat buat anak-anak nikmati.
Mungkin kita rasa malas dan lemau pada permulaannya namun lama-lama ia jadi rutin hidup yang biasa bagi kita saat diamalkan secara konsisten. Contohnya, jika waktu pejabat bermula pada pukul 9, barangkali kita boleh bangun sekitar pukul 4 atau 5 pagi.
#2 : Tahu Perkara Yang Perlu Disegerakan Dan Penting
Memang sakit jantung dibuatnya andai kita semakin tenggelam dalam lautan kesibukan hidup. Maka, pastikan diri kita jelas perkara yang perlu disegerakan dan penting. Misalnya, hantar dan ambil anak-anak dari rumah pengasuh atau pusat jagaan tepat pada waktu itu penting.
Saling bekerjasama dengan suami. Ada masa kita yang ambil, ada masa pula suami yang ambil. Walaupun kita bekerja, namun keutamaan tetap pada keluarga. Bila urusan keluarga mudah dan selesai, maka impaknya, urusan kerja kita pun jadi senang.
Namun, jika urusan keluarga di rumah jadi tunggang-langgang, percayalah di tempat kerja pun kita jadi serabut dan tak ada semangat nak bekerja dengan baik.
#3 : Berserah Kepada ALLAH SWT
Kesilapan besar yang kita selalu buat sebagai ibu bekerja adalah kita terlalu bergantung kepada kapasiti diri untuk buat semua kerja. Kita lupa nak berdoa dan berserah kepada ALLAH untuk bantu urus semua tugas kita dengan sempurna.
Sebab itu banyak masa, kita jadi lelah, lemah dan penat. Soalnya, bagaimana nak tukarkan lelah itu kepada Lillah (kerana ALLAH) supaya kita tahu apa saja yang dilakukan, itulah ladang pahala kita?
Jawapannya adalah berserah kepada Allah SWT dan letakkan niat bahawa apa saja yang dilakukan semuanya kerana Allah. Jika ada anak yang dah besar berumur lebih daripada enam tahun, maka anak itu sudah boleh kita menolong untuk bantu urus hal-hal keluarga.
Bagi peluang untuk anak berdikari dengan serahkan tanggungjawab yang boleh dibuat ikut umur dan keupayaan. Misalnya seperti dah boleh urus penampilan diri dan bantu buatkan kerja-kerja rumah.
Tips Bonus : Peruntukkan Masa Untuk Diri-sendiri
Sebagai wanita yang bekerjaya, kita tidak akan lari daripada tekanan. Jangan terlalu terbeban dengan komitmen tugasan dan keluarga sehingga kita lupa untuk menjalankan tanggungjawab untuk diri sendiri.
Sebelum bangunkan anak-anak setiap pagi atau sebelum tidur setiap malam, ambil peluang untuk buat terapi dan berbicara dengan diri. Katakan pada diri perkara-perkara yang positif, “tahniah kerana jalani hari yang baik pada hari ni. You are great. You are doing good.”
Bukan itu saja, kita juga boleh buat perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan dan beri hadiah kepada diri sendiri. Ia dapat bantu buatkan diri kita rasa lega, puas hati dan dapat lalui hari-hari akan datang dengan penuh semangat, insyaALLAH.
Sumber: https://www.hurriya.com.my/
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!