Jumpa mayat dalam kebun
GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui di Jalan Kebun Kada, Lojing, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Alamin berusia 20-an, ditemui pemilik kebun berkenaan, Tan Teik Po, 33, pada jam 9.30 pagi.
Menurutnya, hasil aduan tersebut, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap.
"Hasil pemeriksaan pada mayat menemui kesan luka di leher. Bagaimanapun, pemeriksaan awal di tempat kejadian belum menjumpai sebarang senjata atau kesan pergelutan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan susulan," katanya.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!