Tunku Azizah berkenan melawat Muzium Tekstil, Jakarta

Tunku Azizah bergambar kenangan ketika berangkat melawat Muzium Tekstil hari ini. - Foto BERNAMA
Tunku Azizah bergambar kenangan ketika berangkat melawat Muzium Tekstil hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

JAKARTA - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Pameran ‘World Ikat Textiles 2019- Ikat: Ties That Bind’ di Muzium Tekstil, di sini.

Lawatan itu merupakan antara program Raja Permaisuri Agong yang mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lawatan negara ke Indonesia, bermula semalam.

Tunku Azizah yang cukup meminati seni tekstil berkenan menyaksikan pameran itu yang menampilkan hampir 100 koleksi tenun dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Thailand.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Kwartir Nasional Gerakan Pramuka Indonesia serta ke Kongres Wanita Indonesia (Kowani).

Dalam rangka lawatan itu, Seri Paduka berdua turut dijadual berangkat ke Yogyakarta dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Yogyakarta dan Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X serta melawat beberapa tempat bersejarah di sana. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!