Pelakon lelaki disyaki tipu penerbit ditahan
KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan melibatkan seorang penerbit wanita bergelar Datuk.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, kira-kira 12 tengah hari.
"Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, permohonan reman lelaki tersebut akan dibuat di Mahkamah Ampang, esok.
Difahamkan, penerbit itu membuat laporan polis berhubung kehilangan wang pelaburan pada Jun lalu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!