Program sarapan percuma bantu ringankan beban ibu bapa

Hilmi Saleh
Hilmi Saleh
A
A
A

YAN - Program sarapan percuma yang akan bermula tahun hadapan bukan sahaja mampu membantu pelajar mendapatkan makanan berkhasiat malah mampu meringankan beban ibu bapa yang tinggal di luar bandar.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Dulang, Hilmi Saleh berkata, sekarang ini cuma 40 dari 270 pelajar sahaja yang menikmati sarapan pagi percuma.

Katanya, jumlah pelajar yang layak menerima sarapan percuma ini lebih daripada 70 orang dan sekiranya program terbaru melayakkan semua pelajar ini sesuatu yang sangat baik.

"Kita sangat berharap lebih ramai pelajar yang diberikan kelayakan menerima sarapan percuma ini.

"Hal ini kerana rata-rata mereka dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Hilmi, ibu bapa yang bekerjaya juga boleh berasa lega kerana tidak perlu meluangkan masa menyiapkan sarapan untuk anak-anak kerana mereka boleh mendapatkannya di sekolah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pelaksanaan program sarapan pagi ini bertujuan bagi memastikan pelajar membesar dalam keadaan sihat serta berdisiplin dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!