Rumah proses arak haram diserbu
Pelbagai barangan digunakan untuk memproses samsu gelap dirampas dalam serbuah malam tadi.
A
A
A
Lapan lelaki turut ditahan ketika sedang mengangkat kotak berisi wiski (samsu gelap) ke sebuah lori di halaman rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kesemua lelaki berusia 21 hingga 38 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk siasatan.
Menurutnya, kesemua mereka disyaki menjalankan aktiviti memproses samsu gelap tanpa lesen sah.
"Rampasan membabitkan dua tong drum berwarna biru dan satu tong putih putih mengandungi cecair disyaki wiski samsu gelap.
"Turut dirampas sebanyak 142 botol wiski samsu gelap berbagai jenama di dalam rumah berkenaan.
"Dua lori masing-masing dengan 457 kotak dan 237 kotak berisi botol kosong pelbagai jenama wiski juga dirampas dalam serbuan itu," katanya.
Bak Phai berkata, serbuan dilakukan atas maklumat dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Membaharui Undang-Undang (Samsu Gelap) 1976.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!