Senjata nuklear boleh musnahkan ribut taufan?

Hurikan Florence membadai Pantai Timur AS pada tahun lalu.
Hurikan Florence membadai Pantai Timur AS pada tahun lalu.
A
A
A

WASHINGTON - Tindakan menggunakan senjata nuklear untuk memusnahkan ribut taufan bukan satu idea yang bijak.

Perkara itu dinyatakan Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) susulan laporan didedahkan laman berita The Axios bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mencuba pilihan tersebut.

"Trump mempersoalkan kenapa AS tidak menggugurkan bom pada mata ribut untuk mengelakkan ia sampai ke darat," jelas laporan itu.

Susulan laporan itu, hashtag #ThatsHowTheApocalypseStarted turut menjadi trending di Twitter.

Jutawan hartanah itu bagaimanapun menafikan laporan terbabit.

Menurut NOAA, kesan daripada tindakan itu adalah 'sangat dahsyat'.

Hurikan atau ribut taufan yang biasanya membadai pantai timur AS sering menyebabkan kemusnahan yang besar.

Jelas NOAA, menggunakan senjata nuklear terhadap hurikan berkemungkinan tidak akan mengubah ribut itu malah radioaktif dibebaskan yang dibawa angin pasat akan mempengaruhi kawasan daratan.

Artikel Berkaitan:

"Kesukaran menggunakan alat letupan untuk mengubah hurikan adalah tentang jumlah tenaga yang diperlukan. Pembebasan haba taufan adalah bersamaan dengan 10 megaton bom nuklear yang meletup setiap 20 minit," ujarnya.

Idea mengebom ribut taufan pernah disuarakan saintis kerajaan sejak 1950-an.

Ketika berucap di National Press Club pada 1961, Ketua Biro Cuaca AS, Francis Riechelderfer berkata, beliau boleh membayangkan tentang kemungkinan meletupkan bom nuklear pada hurikan jauh di laut pada satu hari nanti.

Difahamkan, perkara itu sering dicadangkan ketika musim ribut taufan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!